Thursday 3 April 2008

7 Tahun kitaran Ekonomi berdasarkan Surah Yusuf

Artikel ini saya tulis sebagai respond kepada seorang rakan pada Dec 2006 mengenai Unit Trust di Malaysia yang mengatakan ekonomi akan jatuh pada 2007 berdasarkan kitaran 10 tahun 1987, 1997 dan 2007.

Saya ada buat satu artikel dulu berkenaan kitaran ekonomi berdasarkan surah Yusuf tapi mana entah saya letak... taka pa saya tulis initpatinya je...

[12.46]
(Setelah pelayan itu berjumpa dengan Yusuf dia berseru): "Yusuf, hai orang yang amat dipercaya, terangkanlah kepada kami tentang tujuh ekor sapi betina yang gemuk-gemuk yang dimakan oleh tujuh ekor sapi betina yang kurus-kurus dan tujuh bulir (gandum) yang hijau dan (tujuh) lainnya yang kering agar aku kembali kepada orang-orang itu, agar mereka mengetahuinya."
[12.47]
Yusuf berkata: "Supaya kamu bertanam tujuh tahun (lamanya) sebagaimana biasa; maka apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkan dibulirnya kecuali sedikit untuk kamu makan.
[12.48]
Kemudian sesudah itu akan datang tujuh tahun yang amat sulit, yang menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya (tahun sulit), kecuali sedikit dari (bibit gandum) yang kamu simpan.
[12.49]
Kemudian setelah itu akan datang tahun yang padanya manusia diberi hujan (dengan cukup) dan di masa itu mereka memeras anggur."

Berdasarkan Surah Yusuf kitaran ekonomi yang Allah aturkan ialah utk setiap 7 tahun... dikenali sebagai 7 tahun yang tandus di ikuti oleh 7 tahun yang subur....

Mengikut senario Malaysia, 7 tahun yang saya pernah bincangkan dengan beberapa rakan bermula dpd tahun 1969.

1969 - 1975 tahun yang tandus
selepas belakunya 13 Mei.... DEB diperkenalkan, FELDA dan Felcra dilancarkan.

1976 - 1982 tahun yang subur
apabila hasil Felda mula keluar dengan harga sawit dan getah melambung.

1983 - 1989 tahun yang tandus
kerana belakunya kemelesetan ekonomi dunia dan kadar pengangguran tinggi di Malaysia.

1990 - 1996 tahun yang subur
Economic boom in malaysia ketika Anwar Ibrahin menjadi TPM dengan purata perkembangan ekonomi 8% setahun

1997 - 2003 tahun yang tandus
Kejatuhan pasaran saham dan serangan matawang melumpuhkan keadaan.

2004 - 2010 Tahun ekonomi subur
bila kebanyakan industri pulih selepas serangan matawang

2011 - 2017 tahun yang tandus
Tahun ekonomi akan jatuh teruk.....

2018 - 2024 Tahun yg Subur

2011dan 2012 tahun yang tandus disebut dalam speech Robert T Kyosaki yang mengaitkan keadaan ekonomi dengan BABY BOOM USA.


Secara ringkas, pada 1945 selepas 2nd World War tamat semua askar balik dan buat anak beramai2. Oleh itu 70 Million Baby Boom lahir di benua Amerika. pada tahun 2012 semua BABY BOOM ini akan mencapai umur 65 tahun yang digambarkan sebagai umur penyakit mula datang. Dana kesihatan Amerika dijangka bertahan hingga 2007 atau 2008 sebelum defisit. Oleh itu Kerajaan Amerika dijangka menampung kekurangan itu utk beberapa tahun. Apabila kerajaan amerika tidak dapat menampung kekurangan tsb akan kemugkinan besar kerajaan akan menaikkan cukai... peningkatan cukai bermakna pengurangan pendapatan which means pengurangan kuasa beli yg lead to pengurangan permintaan dipasaran Amerika... penurunan permintaan di benua amerika bermakna reduce of eksport from other part of the world.... Ini akan menyebabkan berlakunya another round of world recession......

1987, 1997 itu hanya secara kebetulan berada dalam jangkamasa tahun yang tandus sebab itu ia terjadi sedemikian pada hemat saya....

Banyak pembacaan saya juga mengatakan kitaran ekonomi itu ialah setiap 15 tahun yg pada pendapat saya ialah menghampiri 2x7 = 14tahun cycle.

Berdasarkan maklumat ini saya tidak menjangkakan 2007 akan berlaku kemelesetan ekonomi. Rasanya ramalan Quran lebih kuat dan kalau kita yakin InsyaAllah ia akan berlaku kerana Allah bertindak mengikut gerak hati hambanya.

Utk Malaysian perspektif pulak, mengikut maklumat yg lalu stock market Malaysia akan naik disebabkan kerajaan mengaktifkan pasaran saham utk menunjukkan imej ekonomi yang baik kepada rakyat.....

Pilihanraya dijangka berlaku pada 2007 jika pak lah nak elak Anwar masuk bertanding, tapi nampaknya terlalu dekat. kemungkinan besar juga awal sebelum April 2008 maka Pak Lah terpaksa maintain makket growth sekurang2nya utk setahun setengah lagi utk memastikan suasana positif di pasaran saham.
Sama2lah kita tunggu samada ia benar2 berlaku.
Wassalam
Ghazali Haji Abu

1 comment:

Kasawari said...

perghhh prediction berdasarkan Surah Yusuf..