Saturday, 5 April 2008

BELAJAR PESAWAT KIPAS BOLEH BAWA JUMBO JET

SELESAIKAN PERKARA UTAMA DALAM ISU KEMALANGAN.

Setiap kali musim perayaan datang semua pihak akan mula memperkatakan tentang kemalangan jalanraya dan mengadakan segala macam kempen untuk cuba mengurangkan kadar kemalangan jalanraya. Segala macam statistik dan data dipertonjolkan kepada umum dengan harapan besar agar kemalangan dapat dikurangkan dari tahun ke tahun. Tetapi pada hakikatnya kemalangan masih meningkat dan menjadi-jadi seolah-olah segala doa selamat yang dibaca tidak dimakbulkan. Setelah musim perayaan berlalu maka semua pihak seakan-akan melupakan segala statistik dan langkah2 pencegahan yang diwar-warkan dengan hebatnya. Begitulah aktiviti musiman di negara kita. Hangat pada masa tertentu sahaja kemudian sesuatu isu dan cadangan sejuk begitu sahaja. Bila sampai musim yang sama tahun depan ber’kokok’ kita sekali lagi dengan bunyi dan nada yang sedikit berbeza. Maka segala macam Jawatankuasa dan Badan Perunding ditubuhkan disetiap peringkat. Tahun silih berganti tapi kita masih menyanyikan lagu yang sama. Cuma rentak dan senikatanya sahaja yang diubah-ubah mengikut selera masing-masing.
Tanpa ingin merendahkan segala usaha murni pihak berwajib yang telah lama berusaha dan mencari-cari formula penyelesaian yang semakin buntu saya ingin menarik perhatian pihak penguasa agar berani melakukan perubahan yang secara terus menyentuh sistem dan perlaksanaannya.
Memang ada banyak factor yang meyumbang kepada berlakunya kemalangan tetapi kita perlu menyelesaikan puncanya daripada yang paling BESAR kepada yang paling kecil.
Pada pemerhatian saya perkara UTAMA yang perlu diperbetulkan ialah Sistem Ujian dan Pemberian Lesen Yang Jelas Bermasalah

Kompetensi Pemandu (Belajar Kereta Kecil, LULUS kereta kecil layak memandu kereta terbesar, terlaju dan terhebat dlm pasaran).
Adakah kita berani untuk menaiki sebuah kapal terbang boeing atau Air-bus yang pilotnya mempunyai lessen bagi kapal terbang kecil berkipas?
Inilah pokok persoalannya dengan pemandu yang berada di atas jalanraya kita pada hari ini. Entah siapa yang ‘genius’ dalam negara ini mereka cipta sistem perlesenan sebegitu rupa yang membenarkan pemandu baru yang tidak tahu apa-apa tentang hal pemanduan diajar menggunakan kereta terkecil, terlambat dan termudah dalam pasaran untuk tujuan pembelajaran (itu tidak mengapa) tetapi yang peliknya kereta paling kecil dalam pasaran itu jugalah yang digunakan untuk tujuan ujian pemanduan.
Bagi mereka yang biasa mamandu kereta besar apabila disuruh memandu kereta kancil ini maka mereka akan mengatakan alangkah mudahnya memandu kancil.
Tetapi harus diingat apabila pemandu baru itu lulus dalam ujian pemanduan keretanya maka dia pun dengan bangganya dianugerahkan LESEN PEMANDUAN KELAS D yang telah melayakkanya memandu segala macam jenis kenderaan (motokar) dari yang berjenis manual ke auto, dari jenis pacuan 2 roda kepada pacuan 4 roda hinggalah ke MPV dan kenderaan ala van yang hampir menyamai saiz bas mini iaitu FORD Transit, dari 660cc (kancil) hinggalah ke sebesar-besar CC yang ada spt Mercedez Benz. Jaguar, BMW, Prado, Kia Karnival yang besar dan panjang, pelbagai jenis van spt Ford Transit dll yang pemandunya berada diatas tayar yang sudah pasti pengendaliannya terlalu jauh berbeza dari si Kancil kecil molek yang sangat mudah dikendalikan, parking dsb itu.
Pengendalian MPV spt KIA Karnival yang panjang, lebar dan besar itu serta Ford Transit yang hampir menyamai saiz bas mini tentunya terlalu jauh bezanya dengan pemanduan kancil. Kancil hanya perlu mengelak sedikit ke arah garisan putih bagi memberi laluan kepada motosikal yang bergerak di tepi jalan tanpa perlu melepasi garisan putih tengah. Bagaimana dengan KIA Karnival, Mercedes Benz mata belalang dan PRADO? Tentunya tak boleh.
Maka apabila pemegang lesen kancil ini memandu kereta-kereta besar tadi berlakulah pergeseran antara kenderaan yg dipandunya dgn motosikal yang begerak di tepi jalan. Apabila motosikal tersebut dihimpit atau digesel maka berlakulah kemalangan. Setelah itu berkempenlah kita dengan hebatnya mengatakan 70% dpd kemalangan melibatkan motosikal bukan disebabkan oleh kesalahan penunggang.

Perkara yang sama berlaku kepada penganugerahan lessen bagi kategori motosikal yang hampir sama ‘lawak’nya. Kategori motosikal pula mempunyai 3 kategori pemanduan
1. B (sehingga melebihi 500cc)
2. B1(dibawah 500cc)
3. B2 (dibawah 250cc)

Sebagai contoh mari kita lihat sistem B2 yang dimiliki oleh kebanyakan penunggang motosikal.
Kenderaan utk belajar menunggang: Motosikal Kriss Modenas
Kenderaan utk ujian: Motosikal Kriss Modenas
Spesifikasi umum Kriss Modenas
1. Kuasa enjin : sekitar 100cc.
2. Kelajuan maksima ; 120km/j
3. Clutch : Tiada
4. Gear Kelajuan : 4 gear
5. Sistem gear : 1 – 4 (tekan depan shj)

Berdasarkan fakta diatas dibandingkan dengan motosikal yang layak ditunggang oleh penerima lesen sbg contoh:
Yamaha TZM
Kuasa Enjin : 150cc
Kelajuan maksima : 200 km/j
Clutch : Ada
Gear kelajuan : 6 gear (1 tekan depan, 2 ~ 6 songkit/tekan belakang

Persoalannya mudah, adakah setaip penunggang yang boleh menunggang Kriss modenas pasti boleh menunggang TZM. Itu baru TZM belum JAGUH, KAGIVA MITTO dan yang seangkatan dengannya? Kalau tak boleh mengapa mereka dianugerahkan satu lessen yang membolehkan mereka menunggang motosikal tersebut di atas jalanraya awam sedangkan mereka tidak dipastikan cukup mahir utk menunggang motosikal sekelas dgnnya.
Persoalan seterusnya ialah dimana semua penunggang yang ada diatas jalanraya hari ini belajar menunggang motosikal yang ber’clutch’ ini. Tentunya belajar sendiri atau belajar dgn penunggang lain. Apa ‘syllabus’nya? Apakah tahap kemahiran pengendaliannya utk brek kecemasan, zigzag, no 8, melalui titi dsb? Siapa pelatihnya? Adakah bekas pelumba jalanan atau siapa? Tiada siapa yang boleh menentukannya. Oleh itu berlakulah satu proses pembelajaran umum iaitu “TRY and ERROR” atau “Belajar dari kesilapan”, Belajar setiap kali setelah kemalangan berlaku ke atas diri sendiri. Kesimpulannya, jalanraya sebenar adalah tempat utk belajar memandu motosikal yang besar. Maka dimana silapnya bila kemalangan berlaku?
Persoalannya adakah kita boleh benarkan jalanraya yang digunakan oleh semua peringkat masyarakat dari kanak2 sekolah hingga ke orang tua mejadi tempat utk belajar dari kesilapan ini. Sedikit kesilapan boleh mengakibatkan MAUT. Tetapi kita masih mengatakan ini adalah masalah SIKAP PEMANDU. Adakah dakwaan ini BENAR? Atau adakah ia SIKAP MALAS BERFIKIR DALAM PENGGUBAL SISTEM???

Jadi apa kita nak buat sekarang? Adakah kita akan membiarkan lebih ramai menjadi korban pemandu yang baru nak belajar ini? Berapa banyak kerugian yang disebabkan oleh kehilangan tenaga mahir negara, bakal pemimpin, tenaga professional, ilmuan dll disebabkan oleh pemandu2 yang tidak mahir yang menjadikan jalanraya awam sebagai tempat belajar memandu setelah mendapat lesen ini.

TIDAKAN SUSULAN YANG PERLU DIAMBIL SEGERA
Merombak sistem perlesenan bagi kereta dengan mengambilkira perkara2 berikut:
1. Lesen Pemanduan Kereta wajar di pecahkan kepada beberapa bahagian mengikut cc dan jenis kenderaan (sekadar cadangan):
a. Kereta 1,500 cc ke bawah (D2)
Meliputi kereta biasa spt kancil, Proton kecuali kereta2 pacuan 4 roda, MPV dan Van.
b. Kereta dibawah 2,000 cc (D1)
Meliputi kereta mewah, dan kereta2 berkuasa tinggi.
c. Kereta jenis Van, MPV, pacuan 4 roda dan sekelasnya. (D)
Meliputi semua jenis MPV dan Van serta kenderaan pacuan 4 roda.



Bagi motosikal
i. Motosikal tidak ber’clutch’ dgn kuasa enjin tidak melebihi 150cc. (B3)
ii. Motosikal ber’clutch’ dgn cc tidak melebihi 150cc (B2)
iii. Motosikal berkuasa sederhana 250cc kebawah.(B1)
iv. Motosikal berkuasa tinggi tiada had cc.(B)

2. Menukar Kenderaan utk Belajar dan Ujian kepada kenderaan yang minima 70% dari cc maksima kelasnya.
Bagi Kereta:
Ini bermaksud bagi kelas D2 di atas minima kenderaan untuk tujuan pelajaran ialah jenis Iswara atau Wira 1,500cc. Ini bertujuan memberikan pengetahuan dan kemahiran yang cukup kepada pemandu tentang teknik pemanduan dijalanraya sebenar.
Secara ringkasnya (sekadar cadangan):
Kelas D2 - Wira Sedan 1,500cc
Kelas D1 - Proton Perdana atau sekelas dengannya
Kelas D - Van Ford Bongo, Ford Transit atau sekelas dengannya.

Bagi motosikal
Kelas B3 - Motosikal Modenas atau Honda EX5.
Kelas B2 - Motosikal Yamaha TZM
Kelas B1 - Motosikal Jaguh
Kelas B - Motosikal Yamaha Virago atau Motosikal Poslis Trafik 750cc.


APAKAH RESPOND JAWAPAN YANG BAKAL DIBERIKAN KEPADA CADANGAN DIATAS
Alasan umum:
Tidak praktikal kerana kos penyediaan kenderaan untuk tujuan pembelajaran pemanduan akan meningkat dengan ketara dan ini akan membebankan Sekolah memandu dan Pengguna akan menanggung kos belajar memandu yang tinggi.


Faedah dari Rombakan sistem
1. Mengurangkan kehilangan tenaga kerja dari pelbagai peringkat dlm negara.
2. Megurangkan tugas POLIS yang terpaksa menyiasat setiap kes kemalangan.
3. Megurangkan kos perubatan bagi hospital kerajaan utk menanggung mangsa kemalangan.
Kesimpulannya terpulang kepada Ketua Pangarah JPJ untuk bertindak secara SERIUS dalam mengatasi kemalangan buka hanya terus berkempen dan berkempen dan berkempen tanpa tindakan serius untuk mengubah sistem yang jelas pincangnya.

Ditulis oleh:
GHAZALI HAJI ABU
740707-01-6641
No 3 Jln PI 6/4
Taman Pulai Indah
Kangkar Pulai
81110 Johor Bahru.
Johor
+6013-7733115

No comments: