Monday 22 September 2008

Ramadan Reminders (Sheikh Yusuf Estes)

Tazkirah Ramadhan dari Bro Yusuf Estes

The PM's Ramadan message

Let's promote mutual respect among religious people.

Sunday 21 September 2008

Gordon Brown Ramadhan Speech

For the first time to my knowledge, the prime minister of Britain greet muslim comminities in the UK for the month of Ramadhan.

Enjoy watching...
Click the below link to view or just click on the title.

http://www.youtube.com/watch?v=Q0wEEGMQ9lM&feature=related

Monday 15 September 2008

Lesen Memandu Malaysia vs Lesen Memandu Zimbabwe

Sebagai seorang rakyat negara Commonwealth, saya harap kita mempunyai sedikit sebanyak keistimewaan apabila berada di bumi Britain yang pernah menjajah dan mengambil hasil bumi negara kita dulu. memang ada sedikit perbezaan antara Malaysia dan negara bukan komanwel seperti penggunaan visa on arrival dan pengiktirafan visa Uk dis emua negara European Community (EC)

Cuma apabila tiba bab pemanduan dan lesen memandu saya ras terkejut apabila Malaysia dikategorikan sebagai negara yang lesen memandunya hanya boleh digunakan selama setahun di UK iaitu bukan negara EC dan tidak termasuk List of designated countries yg saya sertakan dibawah:

List of Designated Countries: Australia, Barbados, British Virgin Islands, Canada, Falkland Islands, Faroe Islands, Hong Kong, Japan, Monaco, New Zealand, Republic of Korea, Singapore, South Africa, Switzerland and Zimbabwe.

Saya tidak terkejut jika Singapore, Hong Kong dan Jepun diiktiraf tetapi saya hairan bagaimana Zimbabwe juga termasuk dalam senarai designated countries. Ketika Britain mengutuk Mugabe dan rejimnya, Malaysia yang menerima banyak pujian tidak disenaraikan. Adakah sukatan pelajaran sekolah memandu kita lebih buruk atau low class berbanding Zimbabwe. Mungkin ramai yang tidak mengenali pulau kecil Barbados yang terletak di utara Venezuela. Biarpun tidak seglamour Malaysia yang mempunyai bangunan tertinggi di Dunia dan Litar F1, lesen Barbados juga diiktiraf.

Akhirnya ramai pelajar Malaysia yang tidak mendapatkan lesen memandu UK terus memandu menggunakan lesen Malaysia di Uk yang mempunyai implikasi undang-undang yang sangat serius. Perlindungan insuran yang diambil dianggap sebagai 'null and void' kerana hampir semua sykt insuran mengenakan syarat pemandu memiliki lesen memandu penuh UK.

Jika perkara ini tidak dipandang serius, saya kira akan ada rakyat Malaysia yang mungkin merengkuk dalam penjara apabila terlibat dalam kemalangan yang teruk dan disaman oleh pengguna yang lain. Janganlah apabila terhantuk baru nak terngadah.