Sunday 23 August 2009

Kuliah Ramadhan Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman 21 Ogos 09

Kuliah ini disampaikan pada malam pertama Ramadhan yang di adakan di rumah Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman.

Saturday 25 July 2009

Monday 25 May 2009

Tony Robbins: Why we do what we do, and how we can do it better

Those who like motivation with reasoning need to watch this..

Thursday 5 February 2009

KEJAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT

everybody want to go to heaven but nobody want to die
.


Secara umumnya seseorang itu hanya boleh pergi ke syurga apabila dia telah mati. Tetapi rata2 manusia tidak mahu mati. Jadi secara tidak langsung tidak mahu mati bererti tidak mahu masuk ke syurga.

Pada hari ini banyak masalah dunia disebabkan manusia tidak lagi mengingati kematian. Jika kita fikir kita akan mati pada bila2 masa, antara perkara yang akan kita lakukan ialah seperti berwasiat, mengambil perlindungan takaful untuk kegunaan waris kelak dan juga memperbanyakkan amal ibadat.

Tapi pada hari ini, ramai antara kita sibuk mengumpul kekayaan dunia yang tidak mungkin dapat dibawa ke alam akhirat kecuali harta itu ditukarkan ke 'money changer' bernama kebajikan, derma, sedekah dan jariah.

Jika kita melancong ke negara luar dan akan kembali semula ke negara kita, adalah tidak bijak untuk membelanjakan sebahagian besar duit yang kita ada untuk membeli perkara2 yang kita tahu tidak akan dapat dibawa pulang ke negara asal. Ada perkara yang tidak boleh dibawa pulang ke negara asal secara fizikal seperti rumah tetapi faedahnya boleh seperti pelaburan dalam bidang tertentu dan lain-lain. Mengumpul perkara yang boleh dibawa pulang tidaklah pula sehingga menjerut perut dan langsung tidak menikmati perjalanan itu.

Tempoh kita berada di dunia ini juga begitu terhad dan sepatutnya kita sibuk mengumpul seberapa banyak bekalan untuk dibawa pulang ke akhirat faedahnya. Apa yang kita dapat bawa ke akhirat adalah penentu kejayaan hidup kita didunia. Jika tiada apa yang kita bawa maka kita akan menyesal selama-lamanya.

Ghazali
Leicester, UK.