Isu perpaduan Nasional merupakan satu perkara yang sangat penting untuk kestabilan dan kemajuan negara. Bahasa memainkan peranan utama unutk perpaduan.
Introduction;
bayangkan sekumpulan lelaki melayu didatangi seorang pemuda dari eropah. Tiba2 pemuda mat Salleh ini mengucapkan;
"selamat sejahtera, apa khabar semua?" dengan lidah yg bersimpul2.
"Khabar baik" pemuda melayu menjawab.
"Sedang makan apa tu? Boleh saya duduk bersama anda?" kata pemuda eropah ini...
"Nasi lemak je. Boleh, tak ada masalah, silakan duduk. Pandai pulak Mat Saleh ni cakap Melayu. jemput makan sama" kata pemuda Melayu.
Pendekkan cerita la, bila orang bangsa lain boleh berbahasa dgn bahasa ibunda kita, kita akan mudah mesra dengan mereka. Masa sy ke Jepun bawa buka simple Japanese dan cuba la cakap2 dgn Jepun, dia orang bukan main suka lagi... kita cakap bahasa dia.
Nak kena cerita sikit, cerita ni penting sbb banyak pengajarannya, Ni kisah benar dan bukan rekaan.
Beberapa tahun lepas abg sy pergi Mekah, dipendekkan cerita lg, dlm satu van nak ke Mina (kalau tak silap) dia naik dgn beberapa pemuda Nigeria/Algeria mcm tu la bunyinya. Pemandu van (prebet sapu) tu nak menipu, belum sampai dia dah suruh turun, tapi pemuda Nigeria/Algeria ni bertengkar dgn driver van dlm bahasa Arab supaya dihantar ke tempat yg betul. Lepas tu dia tanya abg saya,
"Loghatul arabiah...?
Abg saya geleng kepala.
"France de bla bla bla"
Abg saya geleng kepala lg.
"urdhu bla bla bla"
Abg sy geleng kepala lg.
"Do you understand english? dia tanya
"Yes, we understand english" jwb abg saya..
"Your'e muslim right, how do you read Quran if you don't understand Arabic?" dia tanya.
"We can read but we don't understand, so we read the translation".
Pendekkan cerita lagi
"Where do you learn Englih, France, Arabic and Urdhu?" abg sy tanya.
"We learn in school, std 1 -3 we learn Arabic, std 4-6 we learn english, form 1 -3 we learn france, form 4-6 we learn all again. Urdhu is my mothers language, so if I cannot get job in my country, I can go anywhere in europe, Arab country or any part of the world which use the 4 languages"
Dulu bahasa melayu menjadi lingua-franca, krn perdagangan antarabangsa berjalan di kepulauan melayu, skrg English menjadi bahasa utama dunia krn ilmu dan perdagangan, sy menjangkakan kuasa ekonomi Cina dan rantaunya (Taiwan + Hong Kong dll) dan India akan menjadi kuasa ekonomi akan datang disebabkan populasi yang besar.
Oleh itu Malaysia perlu mengambil langkah awal dengan mengajarkan semua rakyat bahasa2 perdagangan akan datang iaitu bahasa Mandarin dan India serta Arab supaya kita dapat mencapai taraf rakyat yang kompetitif. Kita akan bersatu krn tiada jurang komunikasi antara kaum di Malaysia, kita dapat belajar agama dgn baik (bahasa Arab) dan kita membuka peluang kepada semua unutk berdagang dengan rantau Cina dan India yg mempunyai populasi terbesar dunia pada masa ini.
Disamping itu kita dapat berdakwah dengan lebih berkesan apabila kita menguasai bahasa mereka. ini sesuai dengan amalan ulama zaman silam yang menguasai 5 hingga 10 bahasa.
Terima kasih krn sudi membaca.
Ghazali Haji Abu
Leicester, UK.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Kenapalah pemimpin kite tak nampak perkara yang baik cam ni.? Seeorang rakyat M'sia bole bercakap kurang2 4 bahasa. Wow hebat tu. Kalua rak Nigeria/Algeria sukatan pelajaran kat tempat mereka bole melahirkan umat yg baca Quran and paham yg dibaca. Kite paham melalui terjemahan. Itupun kalau baca terjemahan. Mari ushakan camne nak didik anak bangsa kite skg dan akan dtg berjaya camni. Sukatan pljaran patut digubal utk rakyat M'sia lebih kompetatatif
Post a Comment