Showing posts with label Malaysian. Show all posts
Showing posts with label Malaysian. Show all posts

Sunday, 3 August 2008

GUNAKAN KONSEP HARGA SYILING BAGI PETROL/DIESEL DI MALAYSIA

Aspirasi kerajaan Malaysia untuk meringankan beban subsidi petroleum Negara buat masa ini terpaksa diterima oleh rakyat. Rata-ratanya rakyat masih mengeluh dengan harga petrol dan diesel yang tinggi. Buat masa ini kerajaan tetap mempertahankan keputusan tidak popular mengurangkan subsidi. Pada masa yang sama harga petroleum dunia menunjukkan trend menurun. Oleh itu adalah wajar bagi rakyat mengharapkan sedikit penurunan bagi harga petrol dan diesel.

Komitmen terbaru kerajaan untuk menetapkan harga petrol dan diesel setiap bulan bermula 1 September adalah sangat dialu-alukan oleh rakyat agar harga runcit bahan itu berkadar terus dengan harga di pasaran dunia. Pada masa yang sama kerajaan wajar melihat satu aspek pengurangan harga lagi yang tidak melibatkan kos kepada kerajaan iaitu konsep harga syiling. Konsep harga syiling boleh digunakan oleh kerajaan bagi petrol dan diesel dimana syarikat penjual petroleum sendiri menetapkan harga masing-masing selepas menerima subsidi tetap kerajaan. Oleh itu ia akan mewujudkan satu suasana persaingan yang sihat. Petronas misalnya boleh menjual pada harga RM2.699 seliter petrol berbanding harga sekarang. Syarikat-syarikat lain juga boleh mengurangkan harga atau masih mengekalkan tahap harga syiling.

Pemilik stesen minyak juga boleh menggunakan strategi pengurangan harga untuk menarik pelanggan dengan mengurangkan kadar keunutngan mereka. Akhirnya, kerajaan masih mengekalkan jumlah subsidi manakala pengguna mendapat faedah dari persaingan yang sihat antara peniaga. Sebagai contoh sebuah stesen minyak boleh mengurangkan harga kepada RM2.695 jika pembeli membayar dengan tunai dan mengekalkan harga pada RM2.704 untuk petrol bagi pembeli yang membayar menggunakan kredit kad. Ini akan menggalakkan pembeli membeli menggunakan wang tunai yang akan membantu cash flow peniaga stesen minyak. Jumlah jualan tunai yang tinggi dengan pengurangan kadar keuntungan mungkin menjadi pilihan sebahagian peniaga berbanding kadar keuntungan lebih tinggi dengan jumlah jualan yang kurang.

Secara umunya kerajaan perlu meneliti setiap ruang atau peluang yang dapat membantu meringankan beban rakyat. Pada hemat saya ia wajar diberi perhatian oleh kerajaan kerana kerajaan telah menyatakan kemungkinan untuk harga bahan petroleum dijual pada harga sebenar satu masa kelak. Oleh itu, konsep harga syiling wajar diperkenalkan secepat mungkin agar ia menjadi satu amalan biasa di kalangan pengguna dan peniaga yang terlibat. Saya yakin kerajaan akan mempertimbangkan cadangan ini dengan sebaiknya dan cuba membuat satu tempoh percubaan untuk melihat kesan pelaksanaannya kelak atau mencuba konsep ini dalam skala kecil sebelum diperluaskan jika berjaya membawa manfaat kepada rakyat.

Ghazali Haji Abu

Sunday, 22 June 2008

Ajarkan Bahasa Arab, Mandarin dan Indian di Sekolah Malaysia

Isu perpaduan Nasional merupakan satu perkara yang sangat penting untuk kestabilan dan kemajuan negara. Bahasa memainkan peranan utama unutk perpaduan.

Introduction;
bayangkan sekumpulan lelaki melayu didatangi seorang pemuda dari eropah. Tiba2 pemuda mat Salleh ini mengucapkan;
"selamat sejahtera, apa khabar semua?" dengan lidah yg bersimpul2.
"Khabar baik" pemuda melayu menjawab.
"Sedang makan apa tu? Boleh saya duduk bersama anda?" kata pemuda eropah ini...
"Nasi lemak je. Boleh, tak ada masalah, silakan duduk. Pandai pulak Mat Saleh ni cakap Melayu. jemput makan sama" kata pemuda Melayu.

Pendekkan cerita la, bila orang bangsa lain boleh berbahasa dgn bahasa ibunda kita, kita akan mudah mesra dengan mereka. Masa sy ke Jepun bawa buka simple Japanese dan cuba la cakap2 dgn Jepun, dia orang bukan main suka lagi... kita cakap bahasa dia.

Nak kena cerita sikit, cerita ni penting sbb banyak pengajarannya, Ni kisah benar dan bukan rekaan.

Beberapa tahun lepas abg sy pergi Mekah, dipendekkan cerita lg, dlm satu van nak ke Mina (kalau tak silap) dia naik dgn beberapa pemuda Nigeria/Algeria mcm tu la bunyinya. Pemandu van (prebet sapu) tu nak menipu, belum sampai dia dah suruh turun, tapi pemuda Nigeria/Algeria ni bertengkar dgn driver van dlm bahasa Arab supaya dihantar ke tempat yg betul. Lepas tu dia tanya abg saya,
"Loghatul arabiah...?
Abg saya geleng kepala.
"France de bla bla bla"
Abg saya geleng kepala lg.
"urdhu bla bla bla"
Abg sy geleng kepala lg.
"Do you understand english? dia tanya
"Yes, we understand english" jwb abg saya..

"Your'e muslim right, how do you read Quran if you don't understand Arabic?" dia tanya.
"We can read but we don't understand, so we read the translation".

Pendekkan cerita lagi
"Where do you learn Englih, France, Arabic and Urdhu?" abg sy tanya.
"We learn in school, std 1 -3 we learn Arabic, std 4-6 we learn english, form 1 -3 we learn france, form 4-6 we learn all again. Urdhu is my mothers language, so if I cannot get job in my country, I can go anywhere in europe, Arab country or any part of the world which use the 4 languages"

Dulu bahasa melayu menjadi lingua-franca, krn perdagangan antarabangsa berjalan di kepulauan melayu, skrg English menjadi bahasa utama dunia krn ilmu dan perdagangan, sy menjangkakan kuasa ekonomi Cina dan rantaunya (Taiwan + Hong Kong dll) dan India akan menjadi kuasa ekonomi akan datang disebabkan populasi yang besar.

Oleh itu Malaysia perlu mengambil langkah awal dengan mengajarkan semua rakyat bahasa2 perdagangan akan datang iaitu bahasa Mandarin dan India serta Arab supaya kita dapat mencapai taraf rakyat yang kompetitif. Kita akan bersatu krn tiada jurang komunikasi antara kaum di Malaysia, kita dapat belajar agama dgn baik (bahasa Arab) dan kita membuka peluang kepada semua unutk berdagang dengan rantau Cina dan India yg mempunyai populasi terbesar dunia pada masa ini.

Disamping itu kita dapat berdakwah dengan lebih berkesan apabila kita menguasai bahasa mereka. ini sesuai dengan amalan ulama zaman silam yang menguasai 5 hingga 10 bahasa.


Terima kasih krn sudi membaca.

Ghazali Haji Abu
Leicester, UK.